THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 14 Februari 2011

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya?


Pembimbing Rakan Sebaya                                                                                                                                     




Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para belia
dan para remaja untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka
dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi
emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu
diri sendiri.

Selain itu, khidmat "pelajar membantu pelajar" merupakan satu khidmat
yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
Kursus ini dijalankan secara teori & praktikal. Program ini berasaskan
konsep bahawa rakan sebaya merupakan rakan yang paling rapat &
paling memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang/remaja.
Dengan ini, mereka merupakan orang yang paling tepat memberi
nasihat serta menangani sesuatu masalah. Program ini merangkumi
bidang yang luas termasuklah Teknologi Maklumat, Cara Belajar,
Pembelajaran Bestari, malah digunakan dalam kempen anti-dadah.


Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti-dadah pula dimulakan
pada awal tahun 2001. Program ini menekankan konsep 'role model'
iaitu bekas penagih berjaya mengikut program Pembimbing Rakan Sebaya
dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai 'peer educator'.

0 ulasan: